Monday, 6 February 2012

LEGASI PEREMPUAN MELAYU PELIK TERAKHIR - PART 1


Terkilas nak cuba menulis dalam bahasa Melayu . Bukan tak mahu sebelum ni … Cuma tak mahu terlalu ‘feeling’. Menulis di dalam bahasa ibunda, perasaan seperti gabungan tulisan yang akhirnya bernyawa. . Pemahaman perkataan berlainan dek kerana dalamnya terasa . Aku yang membesar dengan berceloteh dalam bahasa Inggeris dan Melayu yang di ubahsuai sebagai perkataan harian sehingga kalau bercakap Bahasa Melayu sepenuhnya aku jadi terkedu .

Dan seterusnya aku mengikut gelombang waktu – Bahasa Inggeris adalah bahasa perantaraanku – seperti Sharifah Amani yang insist untuk berucap di dalam Bahasa Inggeris di satu Majlis Anugerah dan mengisytiharkan yang berbahasa Melayu baginya terasa macam orang bodoh. Maka Si Amani ditempelak seantero Tanah Melayu – tidak sedar diri kata mereka. Aku tidak terperanjat kerana aku tahu apa maksud si Amani – dan kurasa kebanyakan kawan-kawan ku juga yang berbahasa Inggeris bagaikan dilahirkan oleh seorang Ibu berbangsa Eropah.

Terperanjat kalian kalau sekiranya tahu – vokabulari Indonesiaku kaya kerana aku boleh membaca tatkala berumur 4 tahun diajar seorang Ibu yang mahu anaknya jadi yang terbijak dan tercantik – dirumahku hanya ada buku sastera Melayu dan Indonesia (kepunyaan ayahku yang belajar untuk mengambil peperiksaan sebagai guru mungkin) – yang kemudiaanya diusung anak kecil 4 tahun kesana kemari sebagai bahan bacaan dek kerana ketagihan ingin membaca. Ibu bapa kampungku bukan seperti sekarang, tiada buku ‘LadyBird’ atau pun mainan canggih seperti punyanya anak-anakku yang tidak menghargai pemberian apapun oleh kerana kemewahan zaman sekarang.

Aku yang menjadi Pelajar Terbaik Bahasa Melayu SRP dahulu kerna kecanggihan bahasaku tetapi noktah disitu. Aku mendirikan dinding disekelilingku yang dikelilingi oleh pelajar terpilih berasrama penuh termasuklah aku. Tapi aku adalah aku – tidak berjaya diacu, tidak jadi di acuan. Kekeliruan semasa remaja tidak membawa semangat untuk menjadi best student subjek lain walaupun aku mampu. Kerna kufikir, aku hanya akan dihargai sekiranya aku bijak dan cantik. Dan aku tidak mahu memenuhi expektasi sosaiti sekeliling. Jadi aku membesar merasakan aku tidak bijak dan tidak cantik. Aku memilih untuk diam dan mengobservasi kelilingku. Bukan kah aku dicop pendiam semasa remajaku? Kualiti yang nyata senang dibuli rakan angkuh yang merasakan mereka ada kelebihan atau pun berdna ‘perasan bagus’ dari lahir.

Nyata aku terpanggil untuk mengimbas zaman remaja silamku bilamana hari ni aku ‘block’ seorang gadis muda dari rakan FB - kukira umurnya kurang 25 tahun walaupun tahunnya dirahsiakan. (Masih muda tapi mahu merahsiakan umur? Ku kirakan aku mempunyai lebih sebab untuk merahsiakan umurku yang ‘kurang muda’ - di muka FBnya penuh dengan kutukan tentang mereka yang tanpa tudung , dan yang bertudung pula dikutuk tidak memenuhi syariat ? Perlukah semua itu untuk menggunakan ugama sebagai brand anda adalah yang terbaik? Siapa jurinya? Hakimnya? Apa kamu? Gadis hingusan yang belum punya atau tahu apa-apa? Perlu takbur dengan hidupmu yang belum merasa sengsara kerna ujian dilakukan oleh Allah keatas setiap hambanya. Orang yang bertudung dari umur 2 tahun mungkin akan keneraka dan Lady Gaga mungkin berubah berjilbab jika dibuka pintu hatinya… ‘Kun Fayakun’ jadilah – kuasa tuhan yang engkau ingat boleh dirubah.

Sakit kepala membaca nukilan sombong dan angkuhnya dan kutukan demi kutukan keatas mereka yang bertudung tetapi tidak mengikut kualiti SIRIM mungkin. Wahai adik, ada caranya menegur – tugas kamu untuk berdakwah dengan cara halus dan lemah lembut – selembut Rasullullah berbisik ketelinga Aishah – bukan mengutuk atau memulau. Jadi enggak mahu aku bersubahat dan mengiakan logikmu. Kakak ‘block’ saja ya FB mu.

Aku tidak pernah berbangga kerana lambat berhijab, tapi aku akan merasa hina jika megikut tanpa kefahaman atau membuta tuli mengikut kata mereka yang hipokrit dan menggunakan Tuhan untuk kelihatan pandai. Adakah aku perlu akur kepada sang lelaki kalau kufur disebalik keturunan Islamnya. Adakah aku perlu bergabung dengan mereka yang bertudung tapi masih menikam saudara seagamanya.
Aku masih tidak muat di acuan standard ‘SIRIM’ . Cuma perbezaannya – aku bukan lagi gadis pendiam zaman silam dan tidak bisa dibuli sesiapa - Kejayaan bagiku bukan hanya pangkat dan harta tetapi lebih dari itu.

3 comments:

Anonymous said...

somehow, feeling like we have the same experience growing up as teenager in the context u mentionhere kak feexa (yes up to this word u can spot lotsa grammar error) but this is the way of learning. btw, niceentry this time. keep on writing sis.

Anonymous said...

err, kak feexa, u really hv the malay-indo sastera book..would luv to borrow it

iamwhoiam said...

i am amazed with the energy that you have within... wish i can be as strong as you, really do!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...